Wednesday, December 20, 2006

PASTIKAN KONTRAKTOR KELAS F TIDAK MENGHADAPI KELEWATAN PEMBAYARAN

DEWAN RAKYAT - Rabu, 20 Disember 2006
Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee minta Menteri Kewangan menyatakan apakah jaminan kerajaan bahawa kontraktor-kontraktor kelas F yang diberikan projek-projek kecil di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) tidak akan berdepan lagi dengan masalah pembayaran lewat oleh jabatan dan agensi kerajaan akibat kerenah birokrasi.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan [Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya]: Terima kasih Yang Berhormat Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap masalah bayaran yang dihadapi oleh kontraktor khususnya terhadap kontraktor kelas F.

Bagi mengurangkan kerenah birokrasi dan memastikan kebajikan mereka lebih terpelihara, Kementerian Kewangan telah meminda tempoh masa bayaran daripada tidak lewat daripada 30 hari, pada tidak lewat daripada 14 hari dari tarikh bil diterima. Melalui arahan ini, Ketua Jabatan hendak memastikan bahawa bil yang dituntut yang lengkap hendaklah dibayar dengan segera dalam tempoh tersebut. Di samping itu Kementerian Kewangan telah menyediakan format borang untuk semua kementerian dan jabatan untuk memantau kemajuan bayaran kepada kontraktor Kelas F.

Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua. Apakah tindakan kerajaan kepada mereka-mereka yang terbabit dengan sengaja melengahkan untuk membuat pembayaran kepada kontraktor kelas F di mana secara tidak langsung boleh dikira sebagai satu penganiayaan kepada kontraktor ini terima kasih.

Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kes-kes yang lewat ini adalah kerana tuntutan yang tidak lengkap. Jadi, kalau tuntutan tidak lengkap, ada arahan yang lain iaitu kalau tuntutan tidak lengkap, bayaran hendaklah dibuat sebanyak 70% daripada tuntutan apabila tuntutan itu dibuat, maka dibayar semua sekali. Jadi, setakat ini tidak ada tindakan on record, Tuan Yang di-Pertua tidak ada tindakan dibuat terhadap mana-mana pegawai kerana mereka mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: Mohon laluan Tuan Yang
di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Ya, Datuk Wira Syed Ali.

Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: Terima kasih. Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Senator Ismail Kasim. Saya tertarik Yang Berhormat, apabila kita membincangkan tentang Akta Taman Asuhan ini yang mana kita dengar tadi Yang Berhormat Senator Ismail Kasim bangkitkan tentang penglibatan wanita banyak yang di luar dan sehingga kita terpaksa tubuh satu Akta Taman Asuhan dan saya nak minta pandangan Yang Berhormat.

Baru-baru ini di Dewan ini telah dikemukakan satu lagi permohonan daripada Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga iaitu ada yang kita nak minta cuti bersalin sampai ke 90 hari iaitu sebanyak tiga bulan. Dan ini satu kerugian kepada negara sekiranya kita bagi wanita itu kalau dia beranak tiap-tiap tahun Tuan Yang di-Pertua, maka setiap tahun dia akan cuti bersalin selama tiga bulan. Jadi saya nak minta pandangan Yang Berhormat. Apakah ini patut juga dipertimbangkan? Terima kasih

Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: Tuan Yang di-Pertua, sebelum itu saya hendak mencelah sikit. Terima kasih. Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat juga, kadang-kadang kerajaan sudah buat satu akta tubuh taman asuhan. Kita tidak mahu sebab wanita ini adalah ibu kepada kita. Kita sayang wanita ini. Dia ibu kita. Takkanlah kita tidak sayang ibu kita. Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat ini, apabila taman asuhan ditubuhkan, saya khuatir ibu-ibu ini sudah macam hendak lepaskan tanggungjawab, diasuh pula di taman asuhan.

Saya minta kalau boleh pihak kementerian memastikan taman asuhan ini jangan ada pula orang Indonesia bekerja. Ini, anak-anak kita yang hendak diasuh, bawa pula dari Indonesia yang mendidiknya. Saya mintalah kalau boleh jangan kita membenarkan orang asing bekerja di taman asuhan malah kita ambil daripada warganegara kita. Apa pandangan Yang Berhormat?

Tuesday, December 19, 2006

ATASI 'ULAT TEKSI KLIA' SEBELUM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2007

DEWAN NEGARA - Selasa, 19 Disember 2006
Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan apakah langkah-langkah pemantauan yang telah diambil apabila melakukan pelaburan ke dalam sektor R&D teknologi tinggi bagi memastikan kerajaan tidak akan menanggung kerugian.

Setiausaha Parlimen Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi [Profesor Datuk Dr. Mohd. Ruddin bin Ab. Ghani]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, antara langkah-langkah pemantauan yang diambil terhadap pelaburan di dalam sektor R&D adalah mengadakan lawatan secara berkala ke tapak-tapak projek, mengekalkan pakar penilai teknikal projek-projek tersebut yang terdiri daripada pakar-pakar daripada IPTA dan industri bagi tujuan pemantauan dari awal sehingga tamat projek dan juga menyediakan laporan sama ada berkala sama ada empat kali setahun ataupun setiap pencapaian milestone dan juga laporan akhir iaitu laporan faedah oleh penyelidik apabila projek penyelidikan berkenaan telah siap dengan jayanya.

Laporan faedah ini akan dikaji untuk menentukan potensinya di mana produk-produk yang dihasilkan akan diperakukan kepada pihak industri atau swasta bagi melalui proses-proses berikutnya termasuklah kajian pemasaran.

Sesetengah projek R&D telah pun mempunyai rangkaian kerjasama dengan pihak industri dan swasta di mana hasil-hasil R&D yang berjaya dihasilkan akan terus diambil oleh industri-industri berkenaan dan melalui proses-proses berikutnya hinggalah produk berkenaan dipasarkan. Sekian, terima kasih.

Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua. Aspek pemantauan adalah penting supaya pelaburan ke dalam sektor R&D teknologi tinggi tidak terbuang begitu sahaja seperti pelaburan dalam “InventQjaya”. Soalan saya apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak kementerian untuk melakukan perancangan jangka masa panjang berasaskan perubahan strategik trend industri pada masa depan dan bagaimanakah kita akan menggunakan perubahan tersebut untuk kepentingan negara. Terima kasih.

Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: Mohon laluan. Terima kasih Yang Berhormat. Saya hendak ucap tahniah kepada kementerian Yang Berhormat yang mana kita dengar tadi telah memperuntukkan sebanyak RM200 juta untuk sesiapa yang berminat untuk membeli teksi baru dan sebagainya.

Saya hendak menyatakan kepada Yang Berhormat adakah kementerian sedar bahawa di laluan utama yang mana kehadiran untuk pelancong Tahun Melawat Malaysia 2007 iaitu di lapangan terbang KLIA Sepang bahawa masih terdapat lagi ulat-ulat teksi ini. Sekarang untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua mereka berpakaian full suit untuk mengambil pelanggan-pelanggan. Mereka berdiri sama-sama menyambut kedatangan dan mereka mempelawa pengunjung-pengunjung ataupun pelancong-pelancong untuk menaiki teksi mereka.

Persoalannya saya hendak bertanya dengan Yang Berhormat, adakah harga teksi mereka lebih murah, lebih berpatutan sehingga pelancong-pelancong tidak melalui sistem kupon teksi? Dan adakah pihak kementerian memantau perkara ini sebab perkara ini kita ada bercakap berkali-kali dalam Dewan dan masih lagi terdapat ulat-ulat teksi ini menunggu pelancong-pelancong kita.

Kita tidak mahu Tahun Melawat 2007 ini ada masalah-masalah yang dihadapi oleh pelancong-pelancong dengan adanya ulat-ulat teksi di hadapan untuk menyambut tetamu-tetamu kita di lapangan terbang KLIA Sepang. Terima kasih.

Dato' Khamsiyah binti Yeop: Terima kasih Yang Berhormat. Bila Yang Berhormat cakap fasal ulat-ulat ini saya pun didatangi oleh ulat-ulat, dia tidak sedar saya menjaga di kementerian dan boleh mengambil tindakan daripada ulat-ulat. Jadi ulat-ulat ini memang menyamar berbagai cara. Jadi sebenarnya kita ada sediakan sistem kupon yang mana sepatutnya pelancong datang pergi ke kaunter kupon ambil dan dia tidaklah dikenakan penipuan yang begitu rupa. Yang Berhormat saya sudah katakan tadi bila kita bercakap fasal –faktor kemanusiaan memang semua orang perlu serius, semua orang kena bersama bekerjasama. Walau bagaimanapun pandangan Yang Berhormat itu baik dan kami memang berusaha keras. Dan kita telah pun melantik pegawai penguatkuasaan untuk duduk di tempat-tempat strategik dan tempat-tempat sibuk macam ini bagi memastikan ulat-ulat itu tidak berlaku lagi. Dan Yang Berhormat sendiri pun bila didapati perkara macam ini Yang Berhormat lapor atau telefon sendiri pada kita. Kita akan pasti perkara-perkara ini tidak akan berlaku.

Monday, December 18, 2006

APAKAH SKIM BAUCAR TUISYEN MENCAPAI MATLAMATNYA?

DEWAN NEGARA - Isnin, 18 Disember 2006

Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, adakah pihak kementerian berpuas hati dengan skim baucar tuisyen yang diadakan dan apakah ia mencapai matlamatnya. Terima kasih.

Puan Komala Devi: Tuan Yang di-Pertua pada masa ini, kita tidak menerima apa-apa aduan, dan skim baucar tuisyen ini telah diterima dengan baiknya secara purata di negara ini.

Memang pada masa-masa yang akan datang, di antara sasaran-sasaran projek berimpak tinggi adalah kita akan menurunkan peratus murid yang memerlukan skim baucar tuisyen supaya buat masa ini dalam 100%, kita kalau ada justifikasi, kita akan menurunkan kepada 80% selepas tamat tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan. Terima kasih.

Thursday, December 14, 2006

BERAPA BANYAK KERAJAAN BELANJA UNTUK MEMBIAYAI PATI...?

DEWAN NEGARA - Khamis, 14 Disember 2006
Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee minta Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyatakan setakat ini berapa banyak pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditempatkan di pusat-pusat tahanan sementara di seluruh negeri dan sehingga akhir November 2006, berapa banyak pula yang telah dihantar pulang ke negara asal mereka.

Setiausaha Parlimen Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri [Dato' Paduka Haji Abdul Rahman bin Ibrahim]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Senator Syed Ali. Pertamanya biarlah saya jelaskan dahulu tafsiran sebenarnya tentang istilah PATI ataupun pendatang tanpa izin. Pendatang tanpa izin adalah warga asing yang masuk ke negara ini dan melakukan kesalahan-kesalahan seperti berikut. Empat jenis pelanggaran syarat di bawah akta dan peraturan imigresen yang biasa dilakukan oleh orang asing di negara ini dan menjadikan mereka dikategorikan sebagai PATI adalah seperti berikut:

(i) mereka masuk dan tinggal di negara ini secara haram. Kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 Pindaan 2002;

(ii) tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan atau overstay. Kesalahan di bawah Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 Pindaan 2002;

(iii) orang asing yang dianggap sebagai PATI atau pendatang tanpa izin di negara ini adalah mereka yang menyalahgunakan pas lawatan atau permit kerja yang dikeluarkan. Kesalahan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963; dan

(iii) masuk atau tinggal di negara ini atas dokumen perjalanan atau visa atau pas atau permit palsu. Kesalahan di bawah Seksyen 56 (1) Akta Imigresen 1959/63 Pindaan 2002.

Pihak Jabatan Imigresen Malaysia bersama RELA telah menjalankan penguatkuasaan bagi mengesan pendatang tanpa izin di seluruh negara. Dari 1 Januari 2006 sehingga 30 Oktober 2006 sebanyak 3,900 operasi telah dijalankan. Sebanyak 15 Ops sebenarnya yang telah dijalankan, misalnya:

(i) Ops Minyak iaitu operasi yang difokuskan di stesen-stesen minyak, pencuci kenderaan, kedai baik pulih kenderaan, tempat letak kenderaan;

(ii) Ops Mahir kita memfokuskan di kilang-kilang, hospital, klinik swasta pekerja asing di bawah kategori mahir dan separuh mahir;

(iii) Ops Pintu bagi pembantu rumah; dan

(iv) Ops Selera tumpuan fokus di restoran, gerai makan dan minuman.

Tuan Yang di-Pertua: Saya percaya jika Yang Berhormat mahu beri peluang tentu dapat banyak Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin kemukakan pertanyaan.

Dato' Paduka Haji Abdul Rahman bin Ibrahim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, tujuan saya ialah supaya Ahli-ahli Yang Berhormat mendapat gambaran sebenarnya tentang, pertamanya tafsiran mengenai PATI dan yang kedua usaha-usaha kerajaan untuk membanteras kehadiran PATI di negara ini.

Bagi tempoh 10 bulan pertama tahun ini terdapat seramai 47,604 asing di tahan di depot-depot tahanan sementara dan di imigresen di seluruh negara. Jumlah yang masih ditahan di depot-depot tersebut sehingga 10 November 2006 adalah 8,072 orang. Di antara kesalahankesalahan yang dilakukan oleh PATI adalah seperti tinggal lebih masa, menyalahgunakan pas dan memalsukan dokumen.

Bagi jumlah PATI yang dihantar pulang ke negara asal sehingga 30 November ialah
seramai 30,158 orang. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Datuk Syed Ali kemudian Datuk Soon, kemudian orang Sabah.
Terima kasih.

Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua soalan tambahan saya...

Tuan Yang di-Pertua: Minta maaf Yang Berhormat saya katakan orang Sabah itu tidak .... Tuan Maijol bin Mahap. Terima kasih.

Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua soalan tambahan saya, berapa banyak yang telah dibelanjakan oleh kerajaan setakat ini bagi membiayai pendatang-pendatang tanpa izin yang ditempatkan di pusat-pusat tahanan seluruh negara. Terima kasih.

Dato' Paduka Haji Abdul Rahman bin Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Perbelanjaan untuk seorang PATI di depot-depot pada satu hari ialah RM5.50. Saya tidak ada jumlah sebenarnya kerana jumlah PATI yang ditahan ini berubah-ubah jumlahnya dari masa ke masa setelah berlaku pengusiran.

Namun begitu jumlah perbelanjaan lain-lain selain di depot ini ialah melibatkan perbelanjaan penghantaran pulang. Kita telah membelanjakan pada tahun ini untuk tambang feri ialah sebanyak RM4,530,500, sementara tambang kapal terbang ialah RM2,855,860. Terima kasih.

Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih. Soalan tambahan saya daripada jumlah 628 agensi yang disebutkan tadi oleh Yang Berhormat, bolehkah Yang Berhormat maklum kepada Dewan yang mulia ini, jumlah agensi daripada persekutuan dan juga negeri-negeri? Dan daripada situ bolehkah Yang Berhormat maklum kepada kita nama agensi-agensi tersebut? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Di antara lainnya, kalau hendak sebut satu-satu itu panjang, 628.

Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: Ya, di antara lainnya. Terima kasih.

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Suliman: Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju kalau hendak sebut satu persatu memanglah panjang tetapi saya ingat saya dapat sebutkan di sini oleh kerana maklumat itu ada di hadapan saya. Mengikut kategori agensi, saya hanya dapat sebut sebahagian Tuan Yang di-Pertua, kalau saya sebut mengambil masa yang panjang. Iaitu kementerian, ada 9 kementerian yang telah mendapat ISO 9001:2000. Jabatan Persekutuan, 48, saya sebut yang banyak saja Tuan Yang di-Pertua. Badan Berkanun Persekutuan, 48, pihak berkuasa tempatan seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi iaitu 43.

Jabatan negeri 55, kemudian badan-badan berkanun negeri 28. Kemudian yang lain-lainnya yang banyak sekali klinik kesihatan daerah 207, ini yang terbanyak sekali. Kemudian hospital 37, pejabat kesihatan daerah 40, pejabat pergigian daerah 42, klinik pergigian daerah 54, poliklinik negeri 16 dan terdapatlah lagi bahagian-bahagian kecil yang lain.

Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: Mohon laluan, Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Bagi saya habis dahulu. Saya habiskan sedikit sahaja. Jadi maknanya, tiap-tiap kali mereka akan di Malaysia ini, dapat makan. Selepas itu mereka akan dihantar balik, iaitu dengan kapal air, dengan kapal terbang pun ada. Jadi inilah saya berharap kepada kementerian supaya dapat memastikan perkara ini tidak berulang lagi. Sila, Yang Berhormat.

Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat tentang pendatang tanpa izin. Yang mana kita tahu tadi Yang Berhormat Setiausaha Parlimen ada memaklumkan kepada kita lebih 40,000 yang ditahan di seluruh negara di pusat-pusat tahanan.

Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat, tidakkah boleh kerajaan mengambil pendekatan supaya mereka pendatang tanpa izin ini apabila ditangkap, ditahan lebih kurang empat hari, lima hari dan dihantar pulang. Difahamkan ada pendatang tanpa izin ini berbulan-bulan di pusatpusat tahanan. Sebab kalau kita tinggalkan mereka berbulan-bulan di pusat-pusat tahanan, maka perbelanjaan..

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, bolehkah guna pembesar suara yang satu lagi? Tutupkan yang itu? Yang Datin...

Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: Yang Datin pun sama juga.... [Beralih ke pembesar suara yang lain].

Tuan Yang di-Pertua: Ya?

Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: ...Berbulan-bulan dan kita kerajaan akan menanggung pendatang tanpa izin di pusat-pusat tahanan. Jadi kita minta kerajaan ambil. Yang paling lama masa dalam seminggu, dihantar pulang dengan menggunakan kapal atau sebagainya kerana boleh menjimatkan kos untuk kita membelanjakan kepada pendatang-pendatang tanpa izin ini. Apa pandangan Yang Berhormat?

Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: Mohon laluan. Terima kasih Yang Berhormat.

Saya tertarik Yang Berhormat bahawa kita tahu petang ini bahawa Yang Berhormat Menteri akan mengumumkan kenaikan harga tol dan untuk saya, memanglah bila naik harga tol, rakyat akan menanggung beban. Yang saya hairan, saya hendak minta pandangan Yang Berhormat naik harga tol tetapi facilities upgrading dia tidak ada. Bila Yang Berhormat bayar tol, keluar-keluar tol, sesak, jam. Jadi saya hendak minta pandangan Yang Berhormat, apakah kenaikan harga tol ini, dengan tidak ada upgrading facilities ini oleh kerajaan untuk memantau, dibenarkan kerana ini akan menyusahkan rakyat. Apa pandangan Yang Berhormat?

Wednesday, December 06, 2006

BILA KERAJAAN HENDAK MENUBUH KEMENTERIAN HAL EHWAL MARITIM?

DEWAN NEGARA - Rabu, 6 Disember 2006

Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee minta Perdana Menteri menyatakan, apakah kerajaan sudah bersedia untuk menubuhkan sebuah kementerian khas bagi hal ehwal maritim. Ini kerana Malaysia sebagai sebuah negara maritim perlu mempunyai system pengurusan zon yang menyeluruh dan berkesan. Kebergantungan kita kepada kepentingan laut amat penting untuk perdagangan dan sumber aslinya perlu diberikan penekanan serius.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Haji Abdul Rahman bin Suliman]: Tuan Yang di-Pertua, memang kerajaan sedar akan kepentingan maritim negara dan tidak akan berkompromi dalam apa jua aspek yang boleh mengganggu gugat keselamatan dan ekonomi negara. Untuk tujuan ini kerajaan telah menubuhkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia pada 1 Januari 2005 bagi melaksanakan fungsi-fungsi berikut:-

(a) penguatkuasaan semua undang-undang persekutuan di laut;
(b) mengawal, mencegah dan menghapuskan kegiatan jenayah;
(c) mencari dan menyelamat;
(d) pengawasan kawasan maritim; dan
(e) memberi bantuan pengangkutan agensi-agensi yang memerlukan.

Pada masa ini kerajaan belum bercadang untuk menubuhkan sebuah kementerian khas bagi hal ehwal maritim kerana Jabatan Perdana Menteri telah dipertanggungjawabkan untuk mengawal selia Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia melalui Bahagian Hal Ehwal Penguatkuasaan Maritim yang telah ditubuhkan pada 1 Disember 2005. Bahagian Hal Ehwal Penguatkuasaan Maritim akan berperanan dan bertanggungjawab untuk membantu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dalam pembentukan dasar, penguatkuasaan maritim negara dan melaksanakan urusan pembangunan serta perolehan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Saturday, October 07, 2006

APAKAH PELABURAN PETRONAS DI LUAR NEGARA MENGUNTONGKAN


Dewan Negara, Rabu, 4 Mei 2005
Datuk Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshe: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya, saya melihat Petronas telah melabur lebih daripada 30 buah negara di dunia, apakah kerajaan memantau pelaburan yang mana difahamkan hanya 10% daripada pelaburan di luar negara mendatangkan keuntungan. Terima kasih.

Tuan Joseph Entulu anak Beluan: Tuan Yang di-Pertua, soalan ini banyak keluar dari soalan asalnya saya tidak jawab.

Timbalan Tuan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhormat Datuk Syed Ali.

Datuk Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: Terima kasih Yang Berhormat. Saya amat tertarik dengan hujah Yang Berhormat mengenai syarikatsyarikat besar negara tetapi saya tidak dengar Yang Berhormat menyentuh tentang Petronas. Saya hendak minta pandangan daripada Yang Berhormat sebab pagi tadi saya telah cuba mengemukakan satu soalan menyatakan bahawa Petronas telah melabur di lebih daripada 30 buah negara di dunia. Daripada 30 buah negara itu hanya satu atau dua negara sahaja yang mendatangkan keuntungan sementara selainnya kerugian.

Kita dimaklumkan bahawa lebih daripada RM1 bilion dan saya tidak tahu sama ada kerajaan mengetahui akan perkara ini. Tadi Yang Berhormat telah memaklumkan bahawa kita harus melihat senarai Lembaga Pengarah yang kita difahamkan kadang-kadang melebihi 10 tahun masih duduk di dalam Lembaga Pengarah tersebut di mana Yang Berhormat mengatakan tadi bahawa sepatutnya di gilir-gilirkan supaya kita dapat memantau apa yang dilakukan oleh syarikat besar negara kita.

Yang dilaporkan kepada kita ialah Petronas untung, betul, Petronas untung tetapi Petronas rugi di 30 buah negara. Yang masuk yang untung hanya satu atau dua negara sementara yang 28 negara itu rugi tetapi kita tidak tahu. Jadi saya hendak minta pandangan Yang Berhormat kalau boleh tentang Petronas ini. Terima kasih.

Datuk Syed Ali bin Tan Sri syed Abbas Alhabshee: Minta laluan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Puan Hajah Sharifah Azizah yang telah memberi laluan kepada saya. Saya pun turut sama berkongsi......

Tuan Yang di-Pertua: Kalau Datuk Syed, Puan Hajah Sharifah Azizah selalu dia bagi laluan. [Ketawa]

Datuk Syed Ali bin Tan Sri syed Abbas Alhabshee: Betul! Tuan Yang di- Pertua. Saya turut berkongsi bersama dengan Yang Berhormat tentang pandangan dalam Dewan Negara yang mana hari ini kita nampak Ahli-ahli Dewan Negara bertambah ceria, nampak bersemangat. Dahulu dia malap sedikit, Tuan Yang di-Pertua.

Tetapi saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Puan Hajah Sharifah Azizah, Insya-Allah, Dewan sudah cantik, semua sudah cantik tetapi kita tengok nama kita di depan itu pakai kertas. Dia tidak canggih. Jadi, saya hendak minta pandangan Yang Berhormat, apakah kalau kita ganti dengan nama yang proper, cantik sedikit, saya rasa lebih ceria. Terima kasih.

Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato' Syed Zain: Tuan Yang di-Pertua, satu cadangan yang baik tambah pula kita datang daripada satu kapal. [Ketawa] Saya bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Datuk Syed Ali tadi kerana dalam kita ke arah Malaysia yang maju baru ini, haruslah nama itu lebih canggih lagi. Kalau tidak dengan kayu, dengan tembaga. Jadi, itu cadangan saya kepada pentadbiran Parlimen.

Saya sambung semula ucapan saya. Kali ini kita bersidang dalam keadaan bilik Dewan yang mulia ini begitu cantik dan canggih, yang dengan sendirinya melahirkan satu nafas, semangat baru seta memperkukuhkan lagi sikap kewibawaan kepada semua Ahli Dewan pada hari ini. Dengan yang demikian, saya mohon menyokong usul yang dibawa Yang Berhormat Dato' Hamzah bin Zainudin, Presiden Kelab Senator. Terima kasih.

Dato’ Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: Mohon laluan Yang Berhormat…..[Ketawa]…..

Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Hah.

JANGAN SEMUA PERKARA DIBEBANKAN KEPADA KERAJAAN
Dato’ Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: Terima kasih Yang Berhormat. Saya tertarik dengan Yang Berhormat tentang Program Khidmat Sosial ini dan sebagainya. Semalam kita ada bercakap panjang lebar mengenai tanggungjawab ibu bapa. Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat sekali lagi, kalau semua masalah sosial hendak dibebankan kepada kerajaan, apa ibu bapa buat? Ibu bapalah kena tanggungjawab, memerhatikan.

Saya ambil contoh saya ada enam anak Yang Berhormat. Saya akan menjaga dan memerhatikan anak saya dan kalau semua Ahli-ahli Yang Berhormat jaga anak masing-masing, mengawasi, saya rasa kita tidak perlulah terlalu banyak kementerian dan jabatan untuk melihat masalah-masalah sosial ini. Apa pandangan Yang Berhormat.

Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Terima kasih Yang Berhormat tetapi Yang Berhormat kena fikir, Yang Berhormat ada enam orang anak. Orang kaya seperti Yang Berhormat bolehlah, anak-anak lepas SPM Yang Berhormat boleh bawa anak-anak Yang Berhormat pergi melancong di sana, di sini tetapi Yang Berhormat tidak boleh tubuh khidmat sosial negara.

Yang Berhormat ada duit pun tidak boleh hendak hantar anak Yang Berhormat ke Program Latihan Khidmat Negara kerana kerajaan buat. Ini kerajaan kita, kerajaan buat macam ini hendak bantu kita, apa salahnya. Adakan program-program ini untuk anak kita. Kita jangan bercakap soal dua, tiga orang. Dua, tiga orang, orang korporat, dua, tiga orang, orang Ahli Dewan Negara yang kayakaya, jangan, kita kena bercakap untuk keseluruhan rakyat Malaysia yang mahu menikmati program-program daripada kerajaan.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih, Yang Berhormat. Silakan, Yang Berhormat Datuk Syed Ali.

Datuk Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: Terima kasih, Yang Berhormat . Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan setingg-itinggi penghargaan kepada Tuan Yang di-Pertua di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk sama-sama membahaskan dalam perbahasan menjunjung Titah Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Yang di-Pertua Agong sewaktu upacara perasmian sidang Parlimen Penggal yang Kedua Mesyuarat Pertama yang berlangsung pada bulan Mac yang lalu.

Tuan Yang di-Pertua, saya faham ramai rakan-rakan saya yang akan bercakap dan membahaskan usul ini, saya mahu terus kepada perkara yang pertama yang saya hendak menyatakan iaitu mengenai dengan syarikat yang terbesar negara iaitu Syarikat Petronas.

Saya difahamkan, Tuan Yang di-Pertua, bahawa syarikat Petronas telah melabur di lebih 30 buah negara di serata tempat di dunia dan baru-baru ini kita dengar KWSP akan melabur di luar negara juga. Apa yang saya minta pada hari ini ialah supaya pelaburan Petronas yang saya difahamkan lebih daripada RM1 bilion ringgit, yang telah dilaburkan di 30 buah negara, lebih daripada 5 tahun, kita hendak tahu apa hasil.

Saya difahamkan lebih daripada 30 buah negara yang telah dilaburkan oleh Petronas hanya satu atau dua negara yang telah mendatangkan keuntungan, yang lainnya tidak. Jadi, kalau boleh saya minta dapat diberi keperincian tentang pelaburan Petronas di luar negara dan keuntungan ataupun kerugian, supaya Dewan yang mulia ini dapat maklum balas tentang pelaburan Petronas, supaya KWSP juga dapat berjagajaga apabila hendak membuat pelaburan di luar negara.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang banyak profesiona-profesional yang bekerja di Petronas, syarikat Petroleum seperti geologist, petroleum engineer dan sebagainya, banyak yang telah meletakkan jawatan ataupun berhenti daripada Petronas. Saya ingin tahu, adakah ini kerana gaji ataupun ada sesuatu di sebaliknya.

Saya harap pihak yang berwajib menyiasat akan perkara ini dan kita tidak mahu profesional-profesional yang bekerja dengan syarikat terbesar negara meninggalkan syarikat ini dan kita tahu ada sesuatu yang berlaku dalam syarikat tersebut.

MASALAH DIESEL DI PASARAN
Tuan Yang di-Pertua, perkara yang kedua yang ingin saya sentuh pada hari ini mengenai dengan isu tidak cukup diesel di pasaran. Sudah banyak bercakap pasal isu ini, hanya satu yang saya hendak bangkitkan dalam Dewan yang mulia ini, mengenai dengan pengeluaran lesen PDA 7 iaitu Petroleum Development Act 7 kepada individu tertentu. Lesen ini bagi mereka membekalkan kepada stesen-stesen nyamuk iaitu stesen-stesen kecil yang didirikan oleh mereka di pendalaman, di sempadan negara, di kawasan-kawasan kampung dan rancangan-rancangan FELDA.

Pemegang lesen ini kaya-raya kerana kuota yang besar dan berkemampuan menyeleweng kepada penyeludup dan juga menjual kepada kilang-kilang kerana mereka mempunyai sendiri lori-lori dan juga kuota besar daripada kementerian. Jadi, saya harap pihak kementerian dapat menerangkan PDA 7 ini macam mana dia beri, dan bagaimana kuota yang diberikan kepada individu-individu tertentu?

Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Minta laluan? Tuan Yang di-Pertua, boleh ya, Yang Berhormat?

Datuk Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: Sila.

Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Terima kasih. Saya setuju dengan Yang Berhormat tadi iaitu pembekal-pembekal lesen haram ini, diesel-diesel haram ini kepada pembekal-pembekal tetapi apakah pandangan atau pendapat Yang Berhormat bahawa tauke-taukelah, kita kata, yang mendapat diesel-diesel ini, kita tarik lesen mereka sahaja, apakah mereka sudah buat keuntungan yang begitu besar sekali?

Mereka adalah sebagai penderhaka kepada negara kita sendiri. Apa kita mahu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri tarik lesen mereka kemudian itu kita bebaskan mereka ini? Ataupun tindakan ataupun hukuman yang lebih berat yang patut dikenakan kepada mereka ini. Apa pandangan Yang Berhormat?

Tuan Ismail bin Kasim: Minta laluan untuk sambungan Dato’ Musa ini.

Datuk Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: Sila, Yang Berhormat.

Tuan Ismail bin Kasim: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk. Sebagai sambungan atas penjelasan yang dipohon oleh Yang Berhormat Dato’ Musa. Saya rasa bukan setakat rakan-rakan kita yang dapat geran daripada PDA 7 sahaja. Soal penyeludupan diesel ini adalah suatu yang cukup complicated, saya mengambil contoh, kalau disebut penyeludupan ini ia banyak berlaku di kawasan sempadan dan kebetulan Yang Berhormat Dato’ Musa tahulah saya pun tinggal dekat kawasan sana.

Saya pernah membangkitkan juga di hadapan Yang Berhormat Menteri beberapa kali supaya menyiasat stesen-stesen nyamuk, bukan istilah saya, Yang Berhormat Syed Ali yang beri tadi, yang dibenarkan, didirikan di kawasan sempadan kerana saya hendak maklumkan di dewan yang mulia ini.

Kaedah penyeludupan yang diguna pakai bukan sahaja melibatkan tauke-tauke ini tapi orang Thailand misalnya. Mereka membesarkan tangki minyak diesel untuk kenderaan. Dia tak payah seludup, dia datang secara formal untuk mengisi minyak diesel, dia besarkan tangki minyak dengan keadaan yang cukup besar yang boleh isi puluhan ribu liter dan balik dia jual.

Kemudian dia datang balik, kalau tak boleh jual di Perlis, dia akan pergi ke Kedah, begitu juga dengan kawasan Kelantan, dia akan merangkak sampai ke Terengganu, asalkan dia mendapat bekalan dan balik disimpan dan dijual kerana mendapat pasaran harga yang keuntungannya lebih 100% yang mereka dapat jual di negara jiran.

Lagi satu kuota yang diberi kepada persatuan nelayan. Persatuan nelayan ini, apabila bot-bot nelayan yang ingin ke laut termasuk bot laut dalam misalnya, mereka mengisi dengan kuota yang mereka membuat laporan ataupun akan pergi ke laut dalam tempoh seminggu atau sebagainya.

Tapi apa yang berlaku, yang berlaku terlalu besar apabila bot laut dalam ini botnya besar, kapasitinya besar, mereka isi dalam jumlah yang banyak yang tak sepatutnya mereka dapat walaupun digunakan kaedah borang, perlu mendapat kebenaran daripada pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di peringkat negeri dan sebagainya.

Tapi benda ini masih berjalan, kemudian apabila mereka bergerak ke laut, di tengah laut akan berlaku proses penjualan minyak ini bersama rakan nelayan mereka dari negara jiran ataupun terus mereka mendarat di pelabuhan di Jeti Satun dan sebagainya.

Jadi bukan saja pemilik PDA 7 yang terlibat malah persatuan nelayan, stesen-stesen minyak nyamuk kemudian pelancong-pelancong daripada Thailand yang memang mereka melancong ke negara kita untuk mendapatkan minyak diesel, kemudian mereka balik ke negara mereka untuk mendapatkan keuntungan seperti mana yang mereka dapat. Apa pandangan Yang Berhormat berhubung dengan perkara ini?

Datuk Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: Terima kasih Yang Berhormat sahabat-sahabat saya yang berminat pula semua dengan diesel ini. Tuan Yang di-Pertua, pada pandangan saya mereka yang menyalahgunakan pasaran black market diesel ini patut diberi hukuman yang lebih berat. Ada cadangan supaya diambil tindakan seperti ISA, berbagai-bagai cadangan diberikan.

Saya berpendapat penyeludupan yang berlaku ini bukan sahaja di atas darat malah seperti sahabat saya katakan tadi di tengah lautan pun boleh berlaku, dan individu-individu dan pemandu sangat mudah menyeleweng minyak diesel kerana boleh diperolehi dengan menggunakan seberapa banyak kredit kad dalam stesen minyak 24 jam tanpa gangguan. Sindiket ini selalu menggunakan banyak kad kredit di palm stesen pada lewat malam.

Tuan Yang di-Pertua, penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri terlalu lemah, mustahil jika sindiket yang telah menyeleweng selama dua tahun lalu, baru sekarang dapat ditangkap. Memang benar terdapat lebih kurang 50 orang pengusaha stesen minyak dari seramai lebih 3,000 pengusaha stesen seluruh negara yang menyeleweng, tetapi hanya seorang sahaja Tuan Yang di-Pertua, ditamatkan lesennya dan yang lain-lain belum berupaya diambil tindakan walaupun kejadian lebih 4 bulan.

Saya berharap kementerian jangan saja heboh dalam media setiap masa mengenai penyelewengan di stesen-stesen ini, tetapi tidak langsung mengambil apa-apa tindakan kepada mereka yang benar-benar menyeleweng.

UMUM PEMEGANG LESEN PDA7
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian supaya umum kepada kita berapa banyak pemegang lesen PDA 7 yang mendapat bekalan setiap bulan untuk diagihkan kepada stesen-stesen nyamuk ini di kampung-kampung, pedalaman, sempadan dan kawasan Felda. Mengapa kementerian berkaitan tidak sentuh langsung tentang kumpulan PDA 7 ini.

Padahal merekalah yang benar-benar berupaya menyeleweng subsidi diesel ini, kerana mereka mempunyai lori tangki dan contact yang baik dengan pembeli dan kakitangan kerajaan yang berkaitan dengan kawalan diesel.

Undang-undang penyelewengan subsidi diesel hendaklah dipindah dan diubahsuai. Hukuman sekarang terlalu ringan, RM25,000 mereka boleh bayar Tuan Yang di-Pertua, mereka untung berjuta-juta ringgit. Saya ingin mencadangkan supaya diwujudkan sebanyak mungkin pemberi maklumat dengan mengadakan undang-undang seperti berikut; semua bekalan diesel yang dirampas, kenderaan dan sebagainya hendaklah dinilaikan dan ¾ daripada keseluruhan nilai rampasan hendaklah dihadiahkan kepada pemberi maklumat.

Kempen anti seleweng seludup hendaklah diadakan secara besar-besaran, dengan cara ini semua akan memberi kerjasama menghalang penipuan, penyeludupan dan juga penyelewengan pada setiap masa.

Kita dapati pegawai kanan kementerian di bahagian petroleum terlalu lama memegang jawatan sehingga melebihi 10 tahun, sepatutnya post-post mereka perlu diganti setiap 3 hingga 5 tahun oleh lain-lain pegawai PTD untuk mengelak daripada kelalaian, kelemahan, rasuah dan tidak mempunyai idea bernas membela ekonomi negara.

Tuan Yang di-Pertua, pengusaha-pengusaha stesen minyak yang menyeleweng hendaklah diambil tindakan serta-merta oleh kementerian, bukannya menunggu syarikat minyak mengambil tindakan kepada mereka. Kementerian yang mengeluarkan lesen, kementerianlah yang berkuasa untuk menarik balik.

MINTA PENJELASAN KEMENTERIAN PELAJARAN
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak pergi kepada Kementerian Pelajaran, saya ingin meminta penjelasan dari pihak kementerian mengenai dengan rasa tidak puas hati daripada kalangan golongan guru, iaitu pihak Kementerian Pelajaran ingin membuka jawatan-jawatan perkhidmatan pendidikan kepada pegawai ataupun pegawai-pegawai JPA bukan daripada kalangan pendidik sendiri. Ini telah menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan keluarga pendidik di mana dianggap sebagai satu perebutan jawatan dan kuasa serta boleh menjatuhkan imej profesion tersebut.

Hari ini Tuan Yang di-Pertua, banyak jawatan di kementerian sendiri telah dibuka untuk dibawa masuk bukan daripada kalangan pendidik. Jadi oleh sebab mereka ini tidak mahir, tidak tahu dan tidak melalui pendidikan di dalam persekolahan, maka mereka ini diminta tidak memasuki dalam jawatan-jawatan tertinggi di perkhidmatan pendidikan.

Yang kedua Tuan Yang di-Pertua, mereka juga menyuarakan kenapa dan mahu penjelasan mengapa peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dijadikan peraturan atau syarat untuk menggerakkan dan kenaikan pangkat guru. Kerana Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat bagaimanakah PTK boleh menilai tugas guru yang diadakan di luar bilik darjah seperti guru disiplin, guru sukan, kokurikulum yang sentiasa berdepan dengan risiko keselamatan dan tekanan mental. Jadi susah kalau ada PTK ini hendak menilai kecekapan guru-guru adalah tidak setanding dengan apa yang diadakan itu.

MASALAH KESESAKAN PENJARA DI MALAYSIA
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh mengenai Kementerian Keselamatan Dalam Negeri yang mana kita sedia maklum bahawa terdapat seramai 40,000 banduan dalam 30 penjara di seluruh negara kita Malaysia. Apakah perancangan dan strategi Jabatan Penjara Malaysia bagi menangani masalah kesesakan dalam penjara-penjara di seluruh negara. Negara-negara maju menggunakan sistem parole untuk menangani masalah kesesakan di dalam penjarapenjara mereka.

Sudahkah atau bilakah Jabatan Penjara Malaysia bercadang untuk mewujudkan sistem ini. Kita melihat negara-negara Barat seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Eropah mengamalkan sistem seperti komuniti servis dan home detention sebagai satu strategi dan kaedah untuk menangani masalah kesesakan tersebut.

Adakah Jabatan Penjara Malaysia mempunyai perancangan yang serupa ke arah melaksanakan sistem-sistem yang sama di negara kita ini? Kemudahankemudahan pekerjaan yang dirancang dan diprogramkan oleh Jabatan Penjara Malaysia untuk banduan-banduan dalam kategori prabebas agar mereka boleh berdikari selepas dibebaskan kelak. Adakah ini juga telah dirancang oleh Jabatan Penjara?

Tuan Yang di-Pertua, tidakkah menyalahi Akta Penjara 1955 sekiranya manamana syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan menawarkan pekerjaan sebagai pegawai keselamatan kepada banduan-banduan prabebas ini. Sekiranya banduanbanduan prabebas ini diberi pekerjaan sebagai pegawai keselamatan, tidakkah ianya satu tindakan yang akan menimbulkan satu kontroversi dan persepsi kepada masyarakat?

Kenapa Jabatan Penjara Malaysia ingin menjadikan banduan-banduan pra-bebas sebagai pegawai keselamatan? Tidakkah banyak lagi sektor dan industri yang boleh memberi peluang pekerjaan kepada mereka.

Sekiranya banduan-banduan menjadi pegawai keselamatan, tidakkah ianya satu risiko yang amat tinggi kepada mereka yang boleh melarikan diri atau melakukan jenayah. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin meminta siapakah yang bertanggungjawab untuk mengawal selia banduan-banduan yang terlibat semasa menjalankan tugas sebagai pegawai keselamatan ataupun semasa mereka berada di asrama mereka.

Apakah jenis latihan yang akan diberi kepada banduan-banduan sebelum mereka menjalankan tugas sebagai pegawai keselamatan. Dan saya difahamkan juga banduanbanduan yang terlibat masih lagi di bawah penyeliaan dan kawalan Jabatan Penjara Malaysia kerana masih lagi banduan.

Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Mohon laluan, minta laluan

Datuk Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: Silakan, Yang Berhormat.

Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Terima kasih Yang Berhormat. Saya setuju dengan Yang Berhormat tadi, Tuan Yang di-Pertua, iaitu tentang banduanbanduan ini, begitu juga dengan penagih dadah. Mereka ini boleh jadi sudah melakukan kesalahan ataupun kesilapan tetapi apa pandangan Yang Berhormat, kalau banduanbanduan ini kita tidak beri peluang untuk bekerja ataupun kita tinggalkan mereka begitu, mereka akan jadi jahat lagi dahsyat. Tetapi apa salahnya kita ambil mereka ini beri peluang.

Ada banduan yang sudah insaf, begitu juga penagih dadah. Inilah kita, masyarakat ini, kita tengok banduan atau penagih, kita tidak mahu bantu. Jadi kalau kita bantu mereka ini, insya-Allah mereka akan jadi lebih baik lagi daripada orang yang tidak jadi banduan. Apa pandangan Yang Berhormat? Terima kasih.

Datuk Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: Terima kasih Yang Berhormat. Saya bukan tidak setuju, setuju, Yang Berhormat, yang banduan-banduan ini diberi peluang tetapi kenalah Jabatan Penjara ataupun pihak-pihak yang bertanggungjawab. Mereka ini apabila keluar jangan buat lagi masalah sebab kita tahu.

Saya bagi contoh, Jabatan Penjara Malaysia, ia memilih banduan-banduan yang dia kata bersih untuk menjadi pegawai keselamatan. Tetapi kita kena tahu mereka telah melakukan...

Dato’ Hamzah bin Zainudin: [Bangun]

Datuk Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: Sila, Yang Berhormat.

Dato’ Hamzah bin Zainudin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik tentang hujah yang dibawakan oleh Yang Berhormat Datuk Syed Ali ini. Cuma saya hendak bertanya, mengapa kita bagikan banduan-banduan ini kerja sebagai security officers. Mengapa tidak kita berikan dalam sektor pertanian. Banyak yang kita import pekerja-pekerja asing.

Dalam sektor binaan, mengapa tidak kita berikan mereka ini peluang untuk masuk bekerja dalam bidang-bidang yang selama ini kita gunakan orang-orang luar untuk bekerja dalam sektor yang berkehendakkan ramai pekerja dalam hal ini. Jadi apa pendapat Yang Berhormat?

Datuk Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: Terima kasih Yang Berhormat. Saya bersetuju juga dengan pandangan Yang Berhormat. Memang banyak sektor kita perlu, bukan sahaja keselamatan. Sebab itulah saya minta pihak yang bertanggungjawab dan yang berwajib kena mengenal pasti dan melihat sebab banduanbanduan ini dia ada macam-macam punya rekod.

Jadi apabila untuk memberi keselamatan itu, dia kena tengok rekod yang ringanlah, jangan asal kata banduan, dia serahkan semua jadi keselamatan. Jadi memang apa yang sahabat-sahabat saya kata tadi memang banyak lagi pekerjaan yang kita boleh serahkan, terpulang kepada Jabatan Penjara mengenal pasti apa jua yang banduan-banduan ini boleh lakukan.

Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Ismail bin Kasim: Mohon penjelasan, Yang Berhormat.

Datuk Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: Silakan, Yang Berhormat. [Ketawa]

Tuan Ismail bin Kasim: Pendapat saya sedikit kontra berhubung dengan banduan yang diserapkan sebagai pegawai keselamatan kerana pada pandangan saya, tempat-tempat ataupun premis yang diberi untuk bekas-bekas banduan ini seperti mana yang Yang Berhormat Datuk Syed Ali maklumkan di Dewan yang mulia ini, mereka dipenjarakan sudah tentu ada rekod-rekod ataupun jawatankuasa yang membuat penapisan terhadap rekod seseorang banduan.
Kerana pada pandangan saya kalau kita tidak percaya kepada rakyat kita sendiri walaupun mereka bekas banduan, sedangkan bekas banduan Korea, yang mendirikan jambatan Pulau Pinang yang siap itu semua banduan Korea itu. Jambatan Pulau Pinang ini disiapkan, diberi kepercayaan sampai begitu.

Tetapi dalam soal keselamatan ini, kita melihat kalau sekarang ini Nepalese ataupun pegawai-pegawai keselamatan daripada Nepal yang memang kita tidak tahu latar belakang mereka yang diberi gaji yang hampir RM1,200 sebulan sebagai gaji wajib mereka, hasil perjanjian G to G dengan Kerajaan Nepal, mereka datang ke negara kita dan kita tidak tahu latar belakang mereka, mungkin mereka juga kadang-kadang terlibat dengan jenayah di negara mereka tetapi bila datang ke negara kita, mereka dianggap clean, dengan izin, kerana tidak ada sebarang rekod jenayah.

Tetapi adalah lebih baik kita melihat mereka di kalangan banduan yang tidak terlibat dalam salah laku ataupun jenayah berat seperti kalau menipu bank ke, rekod-rekod ini semua dalam perkhidmatan penjara, mereka sudah ada track record. Sebab itulah kita dapat bagi mereka sekurang-kurangnya kepercayaan kepada mereka sebagai bekas banduan dan rakyat negara kita sendiri daripada kita meluluskan terlalu banyak Nepalese yang sekarang ini berleluasa, bukan sahaja menimbulkan masalah social kerana mereka ini seperti Shah Rukh Khan dan sebagainya dan menarik minat gadis- gadis kita ini.

Jadi daripada kita import all the Nepalese, dengan izin, ke negara kita, lebih baik kita bagi peluang kepada banduan-banduan yang sudah mahu berubah menjadi baik. Apa pandangan Yang Berhormat Datuk Syed Ali?
Datuk Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: Yang Berhormat, saya bersetuju dengan Yang Berhormat. [Ketawa] Apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi kalau kita bawa Nepalese, Bangladesh ini mai sini, ramai kita punya anak dara ini sudah terikut-ikut. Sudah jadi pula depa hendak kahwin dan orang-orang ini semua hendak duduk Malaysia. Jadi lebih baiklah kita gunakan banduan-banduan kita.

Tetapi saya mintalah pihak yang bertanggungjawab supaya mengenal pasti sebelum sesuatu jawatan itu diberi kepada bekas-bekas banduan. Banduan-banduan ini dia ada macammacam kes, Tuan Yang di-Pertua, kes merompak, kes merogol, mencuri, kesalahan jenayah dan macam-macam lagi. So kita kenal pasti apa dia kesesuaian dan barulah kita minta pihak berwajib itu untuk mengagih-agihkan supaya mereka ini juga patut diberi tempat.
Kalau kita anggap mereka keluar daripada penjara dengan tidak ada kerja, dia duduk sebulan atau dua bulan, dia boleh tahan, Tuan Yang di-Pertua, lama-lama dia tidak tahan dia balik kepada perkara yang lama lagi.

MINTA MENTERI KERJA RAYA...
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak pergi kepada masalah trafik, masalah lalulintas yang saya rasa semua orang menghadapi, terutamanya di Kuala Lumpur ini. Saya hendak minta Menteri Kerja Raya melihat masalah pembinaan jalan sebagai langkah penyelesaian segera kepada masalah kesesakan trafik yang tidak pernah selesai. Ini kerana kita tidak membina jalan susur keluar dan masuk dengan sempurna.

Malah hampir semua jalan di Malaysia adalah sama dan tidak sistematik. Saya bagi contoh di persimpangan masuk jalan Pandan Indah ke Pandan Jaya, kenderaan terpaksa berhimpit-himpit masuk dan mengakibatkan kesesakan trafik yang begitu teruk sekali. Contoh kedua iaitu persimpangan masuk Middle Ring Road (MRR2) ke Ampang, Shah Alam dan Cheras yang mengalami masalah yang sama, Tuan Yang di-Pertua.

Kita menghadapi masalah kesesakan jalan raya ini sudah cukup lama. Cuba kita lihat pembinaan jalan raya yang sistematik di negara-negara maju, lorong beri laluan langsung tidak ada di sini.

Ini adalah kerana pengguna jalan susur keluar dan susur masuk mempunyai jalan mereka sendiri tanpa perlu menyibuk atau menghimpit lorong kenderaan yang lain.

Dewan yang mulia ini kita mempunyai arkitek-arkitek, para profesional yang bukan sahaja lulusan dari dalam dan luar negara malah ramai yang antara mereka yang telah berjaya membangun negara kita dengan berbagai-bagai bangunan. Sudah tentulah mereka lebih melihat dan menggunakan sendiri jalan raya dan lebuh raya yang sistematik ini. Kita pun apa kurangnya? Saya percaya rakan-rakan kita dalam Dewan ini banyak melancong dan menjalankan urusan di luar negara.

Masalah traffic congestion hampir tidak wujud. Apa salahnya kita mengenal pasti sistem jalan yang sistematik di negara sendiri? Ini tidak, sebaliknya kita makin risau dengan jumlah pertambahan kenderaan dari masa ke semasa hingga satu ketika kita ada Kempen Kongsi Kereta iaitu ‘car full’ yang pernah dilaksanakan satu masa dahulu bagi mengatasi masalah ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya sendiri melihat ada sticker yang ditulis, diletakkan di belakang kereta iaitu, “Car Full You Fool”, masa kempen itu berjalan. Ini bermakna, kempen ini benar-benar mewakili kemarahan rakyat tetapi kita sebagai pemimpin masyarakat perlu melihat masalah ini dengan lebih realistik dan lebih meluas lagi.

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh mengenai Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, tadi sahabat saya, Dato’ Musa ada menyebut. Ini Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menyentuh tentang agensi yang di bawah kementerian ini seperti RISDA, kita ada Pengerusi FELCRA di sini, Dato’ Hamzah bin Zainudin, kita ada FELDA, kita ada Pengerusi RISDA, Dato’ Haji Abdul Rahman Suliman. Tuan Yang di-Pertua, agensi-agensi ini kita lihat sebagai agensi yang memainkan peranan yang begitu penting bagi membantu masyarakat dan juga syarikat-syarikat di bawah RISDA, FELDA, FELCRA dan sebagainya.

Apa yang saya hendak bawa pada hari ini dan saya hendak minta pihak kementerian supaya apabila tamat tempoh perkhidmatan ahli-ahli lembaga pengarah yang dilantik oleh kementerian mahupun pengerusi sebelum tamat tempoh itu, bagilah surat sama ada tamat ataupun disambung semula. Jangan sudah tamat dua, tiga bulan, tempat itu tidak diisi, agensi tersebut tidak dapat bergerak, mesyuarat tidak dapat diadakan, anak-anak syarikat semua duduk diam-diam. Ini satu masalah dan apabila perkara ini berbangkit, barulah kementerian hendak menyiasat dan sebagainya.

Saya tidak tahu birokrasi di mana terjadi? Adakah daripada pegawai-pegawai kerajaan ataupun daripada pihak kementerian sendiri? Sebab ini cukup penting, agensi tersebut perlu berjalan. Jadi apabila tamatnya tempoh penglibatan lembaga pengarah mahupun pengerusinya, maka secepat mungkin tempatnya perlu diisi ataupun disambung semula.

KEMENTERIAN TENAGA AIR, KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang Kementerian Tenaga Air, Komunikasi dan Multimedia. Pagi tadi kita dengar nama TMnet yang baru, Telekom Malaysia, salah satu servis yang telah dibuat oleh TMnet ialah Streamix Wireless, ia ada buat satu produk Streamix Wireless dan produk ini dihebahkan satu Malaysia, satu produk yang begitu baik, yang mempercepatkan penggunaan komputer dan sebagainya.

Tetapi malangnya Tuan Yang di-Pertua, saya melihat kawasan Ampang di Kuala Lumpur-Selangor, border antara Kuala Lumpur dan Selangor ada tempat-tempat yang tertentu tidak boleh dapat Streamix ini. Bagaimana kita hendak expand ke luar bandar?

Ini satu masalah. Kalau produk yang kita hendak bawa, kita hendak mencapai Wawasan 2020 tetapi dalam bandar sendiri Streamix tidak boleh dapat. Jadi saya berharap pihak kementerian minta Telekom ini, TMnet ini supaya melihat dan menyelesaikan masalah ini supaya keyakinan rakyat bila memohon itu boleh dapat. Ini boleh mohon, tidak boleh dapat. Oh, ditutup dengan pokoklah, ditutup dengan bukitlah, bermacam-macam alasan yang diberi.

Saya melihat ini satu perkara yang boleh diselesaikan dan minta pihak TMnet sendiri supaya mengambil tindakan segera supaya masalah-masalah di dalam Bandar khususnya dapat diselesaikan.

Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Mohon laluan.

Datuk Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: Ya, Yang Berhormat.

Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju pandangan Yang Berhormat Datuk Syed Ali tadi. Apakah pandangan Yang Berhormat kemungkinan kementerian ini, dia tidak ada wakil kementerian dalam agensi-agensi kerajaan ini; baik dalam TNB, Telekom atau lain-lain lagi. Sebab itu, kadang-kadang apa yang TNB dan Telekom buat ini kementerian tidak tahu. Jadi saya percaya perkara ini, kementerian tidak ada wakil, so communication break down, dengan izin. Jadi apa pandangan Yang Berhormat? Terima kasih.

Datuk Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: Terima kasih Yang Berhormat sahabat saya. Saya merasakan sekiranya ini di bawah kementerian, kementerian patut menghantar seorang wakil seperti dalam RISDA ataupun dalam FELCRA pun, dia ada wakil kementerian duduk dalam lembaga tersebut dan saya rasa patutlah wakil daripada Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi duduk di dalam lembaga pengarah ini supaya dapat sama-sama mengenal pasti masalah-masalah ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya amat berharap perkara-perkara yang saya bawa tadi dapat....

Datuk Haji Roslan bin Awang Chik: Tuan Yang di-Pertua, minta laluan.

Datuk Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: Silakan Yang Berhormat.

Datuk Haji Roslan bin Awang Chik: Yang Berhormat ada menyebutkan berkaitan dengan Streamix. Saya terbaca dalam satu ulasan akhbar yang mengatakan bahawa Streamix yang telah dibekalkan oleh pihak Telekom ini, contohnya Streamix 1.0 mega. Keupayaannya untuk memberi laluan yang begitu cepat, tidak sebagaimana yang diiklankan, malah kadang kala terputus begitu sahaja. Apa pandangan Yang Berhormat tentang keupayaan apa yang telah diiklankan dengan keupayaan sebenar yang belum dapat dirasai oleh pelanggan?

Datuk Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: Terima kasih Yang Berhormat. Ha, itulah saya kata sepatutnya pihak Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi melihat sebelum satu produk itu dihebohkan satu negara, produk yang terbaik, yang dapat menyelesaikan masalah untuk mempercepatkan dalam penggunaan internet dan sebagainya, maka hari ini sahabat saya beritahu, kadang-kadang yang diiklankan dengan apa yang dapat tidak sama.
Ini tanggungjawab kementerian supaya kementerian mengenal pasti sesuatu produk sebelum dibenarkan TMnet ini menghebohhebohkan produknya yang terbaik, yang dapat memberi faedah kepada rakyat. Jadi saya haraplah pihak kementerian akan mengambil kira apa jua yang kita bangkitkan pada hari ini dan saya tidak mahu bercakap panjang Tuan Yang di-Pertua, sudah dekat 5.10, saya hendak bagi peluang kepada rakan-rakan. Dengan itu saya ingin menyokong usul perbahasan pada hari ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ya terima kasih Yang Berhormat Datuk Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee.

MEMBAHAS RANG UNDANG-UNDANG PEMBEKALAN TAMBAHAN


Dewan Negara, Rabu, 28 Julai 2004
Datuk Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas AlHabshee: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk saya turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan Kedua (2003) 2004. Tuan Yang di-Pertua, kita melihat perbekalan tambahan sudah menjadi satu tradisi untuk kita bahas serta membincangkan pada setiap tahun.

Peruntukan tambahan diperlukan setelah pelbagai kajian dan penyelidikan menyeluruh telah dijalankan mencakupi semua bidang, faktor dan kementerian yang diambil kira untuk mengurus serta membangunkan negara dengan lebih cekap, efisien untuk kesejahteraan rakyat.

JABATAN PERDANA MENTERI
Pertama, saya ingin menyentuh mengenai dengan peruntukan yang diberikan kepada Jabatan Perdana Menteri yang berjumlah RM208,724,680 dan di bawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri, ini seperti yang boleh kita lihat iaitu Jabatan Audit, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Jabatan Peguam Negara dan Badan Pencegah Rasuah iaitu BPR.

Kita melihat BPR telah menerima peruntukan sebanyak RM3,378,900, ini adalah diharapkan dapat membantu BPR melipatgandakan usaha dalam membanteras jenayah rasuah yang merugikan negara. Kita melihat pada awal tahun ini BPR telah melaksanakan tugas dengan cemerlang, dengan membawa mereka yang mengamalkan amalan rasuah ke muka pengadilan, tidak kira di sektor kerajaan mahupun di sektor swasta.

Tuan Yang di-Pertua, sememangnya amalan telus dan jujur dalam BPR seperti inilah yang patut dicontohi oleh mana-mana jabatan. Kita merasa bangga dengan kecekapan yang dipamerkan oleh BPR dan berharap agar prestasi ini dapat diteruskan demi memegang amanah agama, bangsa dan negara. Perkhidmatan Awam seperti SPA, Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Perkhidmatan Awam masing-masing menerima RM3,100,000, RM26 juta dan RM170 juta perlu memastikan sistem yang cekap dan mesra pelanggan bagi menjamin kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan segala dasar dan strategi pembangunan negara.

Dalam hal ini, perkhidmatan awam mesti terus berusaha mengurangkan kerenah birokrasi dan mengkaji semula semua peraturan dan tatacara untuk mempercepatkan urusan dengan pihak awam. Langkah ini akan memudahkan peniaga berurusan dengan kerajaan di samping mengurangkan kos pengendalian mereka dan seterusnya menjadi negara lebih kompetitif.

Tuan Yang di-Pertua, pada hari semalam sahabat saya Yang Berhormat Dato’ Dr. Chin telah menyentuh tentang ganjaran untuk Lennard Lee. Tuan Yang di-Pertua, di sini ingin saya utarakan bahawa baru-baru ini, untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan Negara, satu pertandingan World Championship Formula di Portugal pada 22 dan 24 Julai iaitu tiga, empat hari yang sudah, telah diadakan di Portugal yang mana Malaysia telah menghantar lebih kurang 13 peserta iaitu kanakkanak yang berusia antara 8 hingga 16 tahun. Ini adalah kali yang pertama, Malaysia menyertai pertandingan ini.

Alhamdulillah ingin saya maklumkan kepada Dewan yang mulia ini, mereka yang pergi telah berjaya merangkul dua pingat emas, dua perak dan dua gangsa. Untuk saya, ini satu pencapaian yang cukup baik, walaupun mereka adalah anak-anak yang berumur 8 hingga 16 tahun. Apa yang ingin saya perkatakan di dalam Dewan yang mulia ini, bahawa pemergian mereka adalah untuk mengharumkan nama negara kita Malaysia. Kita yang terlibat menganjur pertandingan ini telah menasihati anak-anak ini bahawa apabila mereka menang jangan mengharap apa-apa ganjaran, kerana mereka seperti rakyat Malaysia juga, pergi untuk mengharumkan nama negara kita, tetapi kalau kerajaan hendak beri, itu terpulang kepada kerajaan.

Sebagai rakyat Malaysia, saya amat berharap janganlah ini menjadi satu tradisi yang semestinya, sekiranya seseorang warganegara berjaya mengharumkan nama negara, mereka mengharapkan ganjaran. Jadi, pemergian mereka ataupun apa yang mereka lakukan adalah tidak ikhlas. Jadi, saya harap ambillah contoh kanak-kanak yang berumur 8 hingga 16 tahun, mereka pergi, mereka berjaya menjadi juara di peringkat dunia tetapi mereka tahu bahawa mereka balik, mereka hanya gembira sebagai rakyat Malaysia mengharumkan nama negara.

Tuan Yang di-Pertua, di sini juga saya mengharapkan bahawa mana-mana pihak yang kita lihat, apa yang dicakapkan oleh Yang Berhormat Dato’ Dr. Chin semalam bahawa seperti Datuk Azhar Mansor, Datuk Abdul Malik, apabila mereka berjaya, dapat ganjaran, rumah, duit, sehingga dapat gelaran Dato’. Ini telah memberi kepada setiap rakyat Malaysia apabila mereka hendak melakukan sesuatu, mereka memikirkan ganjaran. Ini satu masalah, Tuan Yang di-Pertua.

MALAYSIA BOLEH
Jadi, saya berharap di Dewan yang mulia ini dapat kita melihat bahawa menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia, apa yang kita lakukan adalah demi negara kita. Slogan ‘Malaysia Boleh’ kadang-kadang kita luahkan, ‘Malaysia Boleh’ tetapi bila kita balik, kita berjaya, kalau tidak dapat sesuatu daripada kerajaan, kita marah. Jadi, saya amat berharap apa jua pertandingan yang dimasuki oleh rakyat Malaysia di peringkat antarabangsa, apabila mereka berjaya janganlah membuat satu ukuran bahawa kerajaan mesti memberi ganjaran.

Sudah cukuplah dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri jumpa, beri tahniah, itu satu penghormatan yang besar, takkan kita sudah berjaya merintangi Selat Inggeris, mula-mula Datuk Abdul Malik sudah buat, Lennard Lee sudah buat, jadi saya khuatir tiga, empat ratus rakyat Malaysia akan cuba sebab ada ganjaran. Jadi, saya harap dengan apa yang saya utarakan hari ini, jangan ada mana-mana pihak mengharapkan apa-apa ganjaran kerana mereka berjaya mengharumkan nama Malaysia.

Sepatutnya mereka harus berbangga tinggal di negara Malaysia yang mana……

Tuan Zainal bin Rampak: Minta Laluan, Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua: Sila.

Tuan Zainal bin Rampak: Saya memang tertarik hati apa yang dijelaskan oleh Yang Berhormat, sungguh ikhlas sekali. Jadi, kita lihat daripada mereka yang telah berjaya, tidak begitu ikhlas. Kalau kita hendak fikirkan, hendak beri Datuk, hendak beri gelaran, hendak beri ganjaran, banyak yang telah membawa kejayaan, rakyat Malaysia yang telah membawa kejayaan demi kepentingan negara. Kalau kita hendak beri, beri semua - jangan hanya selected, dengan izin, setengah-setengah orang.

Jadi, saya berharap kepimpinan juga jangan ambil kesempatan untuk mendapatkan populariti, beri hadiah dan sebagainya. Ini harus diberhentikan dengan serta-merta dan keikhlasan dengan jujur hendaklah ditunjukkan oleh rakyat bahawa kejayaan yang diperolehi seperti mana kata Yang Berhormat tadi, demi untuk kepentingan bangsa dan negara kita. Saya memang amat bersetuju, apa yang telah disarankan oleh Yang Berhormat, saya menyokong penuh 101%.

Datuk Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, jadi sekiranya kita mempunyai keikhlasan, maka apa yang kita lakukan untuk negara, apa yang kita buat untuk negara sudah menjadi tanggungjawab kita selaku rakyat Malaysia. Seperti yang saya katakan tadi, kita duduk dalam keadaan negara yang cukup aman, kita dapat segala-galanya, kita hendak keluar malam pun kita tidak takut, bukan seperti negara-negara lain yang menghadapi peperangan dan sebagainya. Jadi inilah sebagai rakyat Malaysia, balasan yang kita buat, yang kita harumkan nama negara kita sepatutnya kita jangan mengharapkan apa-apa ganjaran.

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh mengenai dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, yang mana suntikan tambahan sebanyak RM68,440,000 perlu memastikan bahawa rakyat termiskin juga diberi tumpuan dan keutamaan supaya nasib mereka sentiasa terbela, harus memastikan rakyat berpendapatan rendah mampu mendiami rumah yang lebih selesa.

Maka program membina rumah kos rendah dan juga sederhana wajar diteruskan oleh kerajaan untuk mencapai matlamat rumah setinggan sifar menjelang 2005. Tuan Yang di-Pertua, bagi Kementerian Pertahanan juga, sebanyak RM174,532,700 telah diperuntukkan dan saya rasa Perbelanjaan Mengurus Tambahan diperuntukkan ini adalah wajar.

Peruntukan ini amat bertepatan dan ketikanya kerana pada masa ini negara mengharungi era globalisasi yang hebat di mana untuk memperlengkapkan persediaan negara menghadapi situasi tersebut, keselamatan tanah air harus dipertingkatkan dan menjadi agenda utama.

Tuan Yang di-Pertua, langkah ini juga sejajar dengan peningkatan teknologi canggih di dalam dunia persenjataan di mana setiap anggota keselamatan harus melengkapkan diri mereka dengan pelbagai ilmu dan teknik menggunakan senjata berteknologi tinggi untuk menjaga kesejahteraan negara yang tercinta dan perkara ini perlu dititik beratkan supaya apabila berlaku perkara yang di luar dugaan, kita juga lebih bersedia.

KEMENTERIAN KESIHATAN
Tuan Yang di-Pertua, sering kali kita terharu dengan rayuan bantuan kewangan bagi mereka yang tidak mampu membiayai rawatan penyakit kronik. Kos rawatan biasanya tinggi dan tidak tertanggung oleh mereka yang berpendapatan rendah sementara sumbangan orang ramai pula tidak mencukupi. Atas keprihatinan dan kemanusiaan maka kerajaan bekas pimpinan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohamad telah mengumumkan dana sebanyak RM100 juta pada pengumuman Bajet yang lepas untuk tujuan tersebut, yang disediakan untuk keluarga pesakit kronik yang berpendapatan kurang daripada RM600 sebulan.

Langkah yang bijak ini dijanakan pula oleh peruntukan tambahan kepada Kementerian Kesihatan yang berjumlah RM528.862,200. Peruntukan tambahan ini diharapkan dapat menaikkan taraf hospital-hospital kerajaan dan bagi membeli kelengkapan perubatan yang sangat diperlukan untuk merawat penyakit kronik di mana pesakit tidak perlu menjalani rawatan di luar negara mahu pun di hospital swasta. Ini adalah sejajar dengan tenaga pakar-pakar doktor yang ada di Malaysia.

Tiada gunanya kita mempunyai kepakaran jika teknologi perubatan yang ada tidak secanggih mana. Tuan Yang di-Pertua, di dalam hal ini juga usaha kerajaan untuk menjadikan negara kita sebagai hab atau pusat kepada pengeluaran makanan halal serantau dan sedunia, di sini saya melihat memang benar seperti yang dilaungkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri bahawa perusahaan pengeluaran makanan halal adalah satu facet murni yang dapat meningkatkan lagi pendapatan kita dalam sector pertanian makanan di samping menjadi satu legasi kepada nama Malaysia sebagai pengeluar sumber makanan asli yang tersohor.

Dalam konteks ini saya ingin menyarankan kepada kerajaan supaya kita mengambil pendekatan yang berhati-hati dan tegas dalam pelaksanaan program pembangunan industri makanan halal ini, berhati-hati kita kena lihat terlebih dahulu keupayaan kita sendiri di dalam merealisasikan tuntutan pembangunan industri ini.

Apakah kita mempunyai cukup bekalan makanan mentah seperti ternakan dan tumbuhan yang mencukupi? Apakah kita mempunyai teknologi dan kesetandingan dengan negara lain dalam bidang pemprosesan makanan halal dan sejauh manakah usaha digarap untuk meningkatkan kualiti makanan halal negara atau menepati pelbagai piawaian antarabangsa?

Tuan Yang di-Pertua, kita kenalah berupaya untuk mengukur baju di badan sendiri, kena sanggup mengakui kelemahan kita, barulah saya rasa kita mampu untuk menapak ke hadapan. Kita tidak boleh hanya melihat akan potensi baik dalam industri ini tanpa melihat akan keperluan sokongan yang padu kepada industri ini.

Pertama sekali saya ingin melihat kita mempunyai strategi pembangunan yang betul, termasuklah di dalam teknologi dan tenaga kerja mahir yang tahu akan selok-belok industri makanan halal bertaraf dunia. Kita tidak mahu Malaysia mengeluarkan makanan halal tetapi rakyat kita sendiri masih membeli daging halal yang dibekalkan oleh negara luar seperti Sepanyol, Brazil, Australia dan juga New Zealand.

Mengapakah mereka mempelopori industri ini sedangkan Malaysia yang merupakan sebuah negara Islam contoh masih jauh kebelakangan. Tuan Yang di-Pertua, jawapannya ialah negara-negara ini telah menetapkan satu pelan pembangunan industri makanan halal dengan mengenal pasti sektor yang boleh dikuasai dan meningkatkan kualiti di dalam tatacara pengeluaran mereka.

Itulah rahsia kejayaan negara lain yang wajar kita pelajari. Keduanya pula, saya ingin melihat kita menumpukan usaha ke dalam bidang yang kita mempunyai kelebihan, terutama dalam penyediaan makanan separuh masak atau masakan yang halal. Usaha syarikat tempatan seperti Brahim dan Adabi di dalam pengeksportan makanan siap halal wajar kita jadikan satu pengajaran akan pencarian kepada nice yang boleh menjadikan kekuatan kita.

Kita mungkin boleh mengeluarkan daging halal dan seumpamanya tetapi kita kenalah memastikan kualiti pembungkusan dan packaging serta imej produk ini boleh diterima, disukai oleh warganegara asing.

Untuk itu piawaian makanan yang halal yang digunakan oleh kerajaan perlulah dirombak terutamanya untuk menerima piawaian antarabangsa yang lebih ketat dan menyeluruh. Hanya dengan cara ini barulah produk buatan Malaysia akan dikenali, dihormati dan mendapat tempat di hati pengguna seluruh dunia. Seterusnya kita kenalah bersikap tegas dalam pelaksanaan pembangunan industri makanan halal kerana kerajaan tidak boleh hanya melihat pada memperbanyakkan syarikat pengeluaran makanan halal tanpa meneliti pelan pembangunan mereka.

Produk yang ingin dipasarkan dan tumpuan pasaran atau target market produk tersebut, kita mendapati kini syarikat pengeluar makanan halal sudah mula tumbuh seperti cendawan selepas hujan di seluruh negara. Ini satu petanda baik tetapi kerajaan kenalah memastikan syarikat-syarikat ini benar-benar menumpukan dan mampu mengeluarkan makanan yang halal dengan packaging yang boleh diterima negara luar. Contohnya Jepun, sekiranya mereka sekadar mengeluarkan makanan halal, akhirnya kualiti produk mereka hanyalah digunakan di dalam negara maka usaha kerajaan akan tertambat di muara, tersekat di tengah jalan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengalu-alukan pandangan kerajaan untuk menggunakan industri kampung di dalam pengeluaran makanan halal ini. Cuma saya ingin tahu apakah strategi kerajaan dalam memastikan teknologi dan kualiti yang digunakan untuk menghasilkan makanan halal oleh industri kampung berupaya untuk bersaing dengan negara luar.

Kita tidak mahu usaha gigih petani dan keluarga mereka hanya akan berakhir dengan kegagalan dan kerugian yang akan menyusahkan pula hidup mereka. Saya mohon penjelasan akan kaedah dan teknologi moden yang akan digunakan oleh kerajaan untuk meningkatkan kapasiti dan kualiti pengeluaran industri kampung untuk menyokong industri makanan halal negara. Bagaimanakah pula dengan latihan dan penyelidikan teknologi ini nanti? Siapakah yang akan membayar dan menanggung kosnya?

Berkisar kepada sokongan inilah, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya melihat secara makro akan usaha membangunkan industri makanan halal negara. Kita tidak patut menumpukan semua usaha di dalam negara kerana kita mungkin mempunyai masalah kekurangan bekalan bahan mentah.

Malah saya merasakan mungkin berlaku masalah kepada alam sekitar negara ini sekiranya kita
terlalu menumpukan usaha ke arah penternakan bahan mentah untuk industri di dalam negara. Bayangkanlah nanti akan akibat kepada rakyat terutamanya yang tinggal di kawasan penternakan. Tidakkah nanti kesihatan mereka akan tergugat pula?

Tuan Yang di-Pertua, saya merasakan adalah lebih baik untuk kita menggunakan rakan-rakan ASEAN kita sebagai ladang penternakan bagi makanan halal negara. Maksud saya, kita wajar mencontohi Singapura, misalnya, yang biarpun tidak mempunyai keluasan tanah tetapi boleh membangunkan industri makanan mereka sendiri. Bagaimana? Dengan menempatkan pusat penternakan mereka di negara jiran termasuklah di Johor.

Bagi Malaysia, Indonesia, Laos, Thailand, malah Vietnam boleh kita jadikan ladang penternakan kita. Kita boleh membangunkan negara-negara ini juga menerusi perkongsian usaha menternak haiwan yang akan disembelih dan disimpan dalam peti sejuk di sana. Ianya akan membuka peluang pekerjaan dan satu sumber ekonomi kepada negara tersebut. Ini tidaklah bermakna Malaysia sudah hilang kerja.

Hasil penyembelihan ini masih dikira bahan mentah dan perlulah diproses untuk dibungkus dan dipasarkan ke seluruh dunia. Di sini kita akan mendapat peluang untuk menerpa dalam high end pasaran, dengan izin, dan menggunakan teknologi tinggi dan mengeluarkan makanan yang bernilai tinggi. Ini akan memberi ganjaran yang lebih besar kepada negara di samping membuka peluang kepada rakyat di negara ini. Tuan Yang di-Pertua, dengan kata-kata itu saya dengan ini mohon menyokong Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2003) 2004. Terima kasih.

PEMASANGAN ALAT CEGAH KEBAKARAN DI RUMAH PANGSA


Dewan Negara, Rabu, 28 Julai 2004
Datuk Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: minta Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan menyatakan:-
a) apakah polisi Kementerian mengenai pemasangan alat pemadam kebakaran di rumah-rumah pangsa khususnya di rumah pangsa PPRT; dan
b) adakah penghuni-penghuni rumah pangsa mendapat latihan menggunakan peralatan-peralatan kebakaran yang disediakan dan kekerapan latihan itu diberi.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Dr. S. Subramaniam]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan kepada Uniform Building By Law jadual kesepuluh. Bagi bangunan enam tingkat ke bawah iaitu 35 meter ke bawah, kelengkapan kebombaan seperti dry rizer, dua unit hos iaitu 30 meter panjang dan 37 milimeter lebar berserta dengan control nozel dan dua unit fire extinguisher hendaklah disediakan pada setiap tingkat.

Manakala bangunan yang melebihi enam tingkat, kelengkapan-kelengkapan kebombaan seperti down calmer, dua unit hos berserta control nozel dan unit fire extinguisher hendaklah disediakan pada setiap tingkat. Pada bahagian (b) soalan itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sering mengadakan kempen-kempen mencegah kebakaran dan memberi tunjuk ajar mengenai tatacara penggunaan peralatan kebombaan yang sedia ada di kawasankawasan perumahan.

Penghuni-penghuni rumah pangsa digalak untuk menubuhkan pasukan bomba sukarela atau fire squad di bawah Jawatankuasa Keselamatan Kebakaran Bangunan di kawasan perumahan masing-masing dan mendapatkan latihan daripada Jabatan Bomba secara berjadual dari balai-balai yang berhampiran dengan kawasan mereka, kekerapan latihan yang diberikan adalah bergantung kepada permintaan jawatankuasa tersebut, terima kasih.

SOALAN TAMBAHAN
Datuk Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya. Baru-baru ini ada satu kes kemalangan kebakaran yang mengakibatkan kematian di rumah pangsa PPRT. Soalan saya, apakah perkara yang berlaku seperti alasan hos paip yang tidak ada dan vandalisme akan terus dipantau lebih kerap oleh pihak kerajaan? Terima kasih.

Dr. S. Subramaniam: Terima kasih, Tuan Yang Di-Pertua, ada satu kejadian yang amat dikesali yang telah berlaku di rumah pangsa PPRT baru-baru ini yang telah mengakibatkan tiga orang yang duduk di rumah terbakar itu telah menjadi mangsa kebakaran.

Seperti yang telah diberitahu oleh Ahli Yang Berhormat bahawa pada masa itu hos paip yang telah tersedia di kawasan itu tidak ada. Ini disebabkan kerana hos paip-hos paip yang telah disediakan semasa bangunan diserahkan oleh Jabatan Perumahan Negara kepada badan penyelenggaraan iaitu DBKL telah dicuri oleh pihak vandalisme dan sebagai satu cara untuk mengatasi ini DBKL telah cadang untuk cari cara-cara yang lain seperti menaruh hos paip di dalam lock bag key dan menyerah kunci kepada penduduk.

Tetapi semasa tindakan ini dilakukan mereka telah simpan hos paip itu untuk disimpan pada satu keadaan yang selamat. Amatlah dikesali bahawa masa ini dibuat kebakaran ini sudah berlaku tetapi untuk jangka masa panjang, tindakan-tindakan telah diambil supaya kejadian semacam ini tidak akan berlaku.

PENIPUAN PEMBELI RUMAH KOS RENDAH


Dewan Negara, Selasa, 27 Julai 2004
Datuk Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Soalan tambahan saya, adakah kerajaan sedar yang pembeli-pembeli rumah kos rendah ini ada yang telah mempunyai rumah dan apakah tindakan yang diambil ke atas mereka yang telah mempunyai rumah, tetapi membeli rumah kos rendah. Terima kasih.

Datuk Azizah binti Mohd. Dun: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya seperti yang telah saya katakan tadi, kementerian sedang membuat kajian pada masa ini kerana kita juga mendapati, kita mendapat maklumat bahawa terdapat mereka yang membeli ini sudah pun mempunyai rumah, oleh sebab itu kita sedang dalam kajian untuk mengemas kini ataupun memperbaiki lagi

Sistem Pendaftaran Terbuka ini supaya ia lebih telus lagi dan kita memerlukan sebenarnya, kerjasama daripada kerajaan-kerajaan negeri untuk memastikan Sistem Pendaftaran Terbuka itu dibuat secara telus untuk memastikan mana-mana nama yang didapati sudah pun mempunyai rumah dikeluarkan daripada Sistem Pendaftaran Terbuka, supaya mereka yang sebenarnya memerlukan rumah dan belum lagi mempunyai rumah itu dapat dimasukkan dan boleh mendapat rumah yang kita sediakan ataupun disediakan oleh pihak swasta. Terima kasih.

Datuk Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, kita melihat kes-kes jenayah di peringkat remaja ini kian meningkat dan membimbangkan dan tidakkah pihak kerajaan bercadang untuk mengambil tindakan juga terhadap ibu bapa yang gagal mendidik dan membimbing anak-anak mereka supaya secara tidak langsung kita dapat membendung perkara ini. Terima kasih. [Tepuk]

Datuk Wira Abu Seman Yusop: Terima kasih Yang Berhormat Datuk Syed Ali. Berkaitan dengan tindakan ke atas ibu bapa, apa yang telah dilaksanakan oleh pihak polis bahawa pihak polis menghubungi sekolah-sekolah yang terlibat yang dikenal pasti ada pelajar-pelajar yang terlibat dalam kegiatan jenayah ini dan pihak polis mengadakan dialog di antara ibu bapa dengan polis dan juga di antara polis dengan pihak sekolah.

Jadi, pada ketika ini belum ada cadangan untuk mewujudkan undang-undang untuk mempertanggungjawabkan kepada ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka ini supaya mengelak daripada jenayah daripada aspek undang-undang.

MASALAH PEMBANTU RUMAH ISLAM BEKERJA DI RUMAH BUKAN ISLAM


Dewan Negara, Khamis, 22 Julai 2004
Datuk Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, adakah kerajaan akan mempertimbangkan pembantu-pembantu rumah yang beragama Islam hanya bekerja dengan majikan Islam dan sebaliknya, yang bukan beragama Islam, bekerja dengan bukan yang beragama Islam. Terima kasih.

Dato' Paduka Haji Abdul Rahman bin Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua, tidak ada peraturan yang menyekat perkara sedemikian setakat ini. Walau bagaimanapun, majikan yang berkenaan diminta menghormati kepentingan agama masing-masing. Terima kasih.

HOSPITAL KERAJAAN PATUT AMBIL ALIH PESAKIT KRONIK

Dewan Negara, Rabu, 21 Julai 2004
Datuk Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee minta Menteri Kesihatan menyatakan mengapa kementerian tidak mengambil inisiatif untuk memindahkan pesakit kronik yang ditempatkan di hospital swasta ke hospital kerajaan, terutamanya bagi kes-kes yang memerlukan kos rawatan yang tinggi dan keluarga pesakit tidak mampu membiayai kos rawatan tersebut di hospital swasta.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan [Tuan Lee Kah Choon]: Tuan Yang di-Pertua, sekiranya pesakit kronik yang menjalani rawatan di hospital swasta ingin meneruskan rawatan di hospital tersebut, pihak Kementerian Kesihatan tidak berkuasa menghalang kehendak mereka. Kementerian Kesihatan akan memberikan perkhidmatan kepada pesakit kronik tersebut sekiranya mereka ingin mendapatkan rawatan di hospital kerajaan dan rawatan yang diperlukan sedia ada di hospital kerajaan. Sekian, terima kasih.

Datuk Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, apakah hospital kerajaan tidak mempunyai cukup kepakaran ataupun masa menunggu yang lama, yang menyebabkan orang ramai membuat rawatan di hospital swasta walaupun pesakit tidak mampu membiayai kos rawatan. Terima kasih.

Tuan Lee Kah Choon: Kementerian Kesihatan memang mengambil berat tentang perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Yang berkaitan dengan masa menunggu ini, kita telah menubuhkan satu jawatankuasa di mana kita akan mengambil maklum balas dari semua bahagian atau organisasi terutamanya MAA dan juga pihak pengguna supaya kita dapat mewujudkan satu sistem atau mengemaskinikan sistem yang sedia ada supaya kita dapat mengurangkan masa menunggu yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi. Sekian, terima kasih.

SEJAUH MANA BIDANG KUASA KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Dewan Negara, Rabu, 16 Jun 2004
Datuk Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengambil kesempatan bersama dengan rakan-rakan untuk membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2004 di Dewan yang mulia ini. Saya hendak ‘menjerumus’ kepada Kementerian Wilayah Persekutuan under

Tuan Yang di-Pertua: Saya tidak dengar tadi, menjurus atau terjerumus?

Datuk Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: Menjurus. Saya ingin mengalu-alukan penubuhan Kementerian Wilayah Persekutuan yang saya rasa akan dapat memantapkan lagi pengurusan dan pentadbiran ketiga-tiga Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga Labuan.

Persoalannya, Tuan Yang di-Pertua, ialah sama ada penubuhan kementerian baru ini akan memerlukan satu peruntukan perundangan baru untuk memastikan bidang kuasa kementerian yang akan menjangkau peranan dan bidang kuasa yang kini dimainkan oleh ketiga-tiga cabang pentadbiran di Wilayah Persekutuan. Apakah akan berlaku satu perubahan dalam struktur organisasi dan dengan izin, reporting system yang akan ditetapkan menerusi penubuhan kementerian ini.

Saya berpandangan penubuhan kementerian ini akan mewujudkan satu tahap pentadbiran yang akan membolehkan dasar-dasar dan strategi pembangunan wilayah yang ditetapkan di peringkat Kerajaan Pusat ditadbir dan dipantau oleh sebuah badan yang akan menyeragamkan gerak kerja pentadbiran wilayah. Jadi apakah nanti akan berlaku satu perubahan dalam bidang kuasa Datuk Bandar Kuala Lumpur? Kita tahu

Tuan Yang di-Pertua, Datuk Bandar Kuala Lumpur sebelum kewujudan Kementerian Wilayah, dia macam Ketua Menteri ataupun Menteri Besar. Jadi apabila wujudnya Kementerian Wilayah, saya ingin mengetahui bidang kuasa Datuk Bandar dan juga ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan apakah perbezaan pendekatan yang akan digunakan oleh kementerian ini? Jika tidak silap saya pernah wujud satu ketika dahulu sebelum diserahkan dalam fungsi Jabatan Perdana Menteri iaitu Kementerian Wilayah, pernah wujud satu ketika dahulu.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi kementerian yang ingin saya sentuh, terima kasih kepada Setiausaha Parlimen yang ada di sini iaitu Kementerian Pengajian Tinggi. Saya ucapkan syabas kerana kementerian ini telah diberikan satu peruntukan yang paling besar iaitu RM3.8 bilion untuk memantapkan urusan dan pentadbiran kementerian ini yang merupakan satu kementerian baru berikutan dengan pembahagian tugas di antara Kementerian Pelajaran di peringkat sekolah dan di peringkat pengajian tinggi iaitu di peringkat universiti.

Saya ingin tahu di dalam peruntukan yang akan dipanjangkan kepada kementerian ini, apakah ia akan digunakan untuk strategi dan dasar pentadbiran yang lebih jitu bagi pengurusan institusi pengajian tinggi di peringkat negeri. Ini kerana daripada pengamatan saya selama 15 tahun, masalah utama yang dihadapi oleh Kementerian Pendidikan dahulu ialah di dalam memantau pengurusan dan keberkesanan pendidikan tahap selepas persekolahan di peringkat negeri dan daerah.

Kita mempunyai lebih 1,000 institusi pengajian tinggi swasta di seluruh negara. Semuanya menawarkan pelbagai bentuk kursus daripada peringkat sijil hinggalah kepada falsafah kedoktoran. Akan tetapi ada di antara kursus yang ditawarkan tidaklah mendapat pengiktirafan dan akreditasi daripada Kerajaan Malaysia untuk membolehkan pelajar yang mengikuti kursus-kursus ini mendapat pekerjaan yang setimpal dengan pencapaian mereka. Mengapakah ini boleh berlaku sedangkan kita mahukan peningkatan di dalam jumlah kursus dan pusat pengajian tinggi swasta untuk membantu usaha kerajaan di dalam memartabatkan Malaysia sebagai pusat pendidikan di rantau ini.

Tuan Yang di-Pertua, rata-rata kita sering mendengar rintihan pelajar-pelajar asing khususnya yang apabila tiba di negara kita Malaysia untuk mengikuti kursus bertaraf dunia di IPTS tertentu mendapati mereka ditipu ataupun kursus itu sebenarnya bukanlah di tahap yang mereka harapkan. Sudah semestinya ia memberi gambaran negatif kepada keupayaan IPT di negara ini baik awam mahupun swasta.

Ia juga akan menyukarkan lagi usaha kerajaan untuk meyakinkan rakyat negara ini dan orang asing bahawa sistem pendidikan kita bertaraf dunia sedangkan terdapat pelbagai masalah yang timbul dalam pentadbiran dan pengurusan kursus yang ditawarkan.

Saya ingin bertanya apakah puncanya boleh berlaku? Saya bukanlah hendak menuding jari kepada sesiapa tetapi ia seharusnya menjadi salah satu daripada teras utama kepada kementerian baru ini. Pendidikan moden bukanlah satu perkara kecil kerana ia bukan sahaja satu cara yang dapat meningkatkan kapasiti dan pengetahuan tenaga kerja yang diperlukan sesebuah negara di dalam menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi tetapi juga merupakan satu komoditi berharga yang dapat digunakan untuk menambah kepada pendapatan negara di samping menarik minat pelaburan asing di negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, di dalam hal yang sama juga kita juga ingin melihat peranan kementerian ini dipanjangkan kepada institusi latihan dan penyelidikan negara ini kerana penyelidikan merupakan satu tatacara terbaik di dalam meningkatkan kapasiti pengetahuan serta harta intelek negara. Akan tetapi saya melihat ada kekurangan dari segi pengiktirafan dan peluang untuk rakyat Malaysia termasuklah pelajar di IPT untuk mendapat pengiktirafan dan geran bantuan untuk penyelidikan
terutama dalam bidang sains dan teknologi.

Di awal tahun 80-an, kerajaan telah menggalakkan begitu ramai anak-anak Malaysia untuk melanjutkan pengajian dalam bidang sains dan teknologi di institusi pengajian tinggi, baik di dalam mahupun luar negara bagi ijazah kedoktoran dalam bidang sains dan teknologi. Apakah hasil daripada kajian dan penemuan mereka digunakan pada hari ini? Ada di antara penemuan-penemuan penting dalam bidang sains yang telah dibuat oleh penyelidik dari negara ini di IPT kita dan juga di negara asing.

Akan tetapi hasilnya tidak pula dibawa pulang untuk dijadikan sebagai harta intelek di negara ini. Kita juga tidak mempergunakan hasil penyelidikan pelajar-pelajar asing di negara ini untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan daya saing pengeluaran produk hasil negara.

Di sini saya ingin tahu apakah peranan ini nanti akan dimainkan oleh kementerian ini ataupun ianya akan diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Ini perlulah kita selesaikan di peringkat paling awal untuk membolehkan penyerapan dan penggunaan hasil-hasil penemuan saintis negara ini digunakan sepenuhnya untuk dijadikan harta intelek milik negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin menyentuh tentang Jabatan Perdana Menteri B.06, peruntukan sebanyak RM104,556,731. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, saya bersama rakan-rakan ingin menyentuh setiap kali persidangan Dewan Negara yang mana pada kali ini diadakan selama tujuh hari sahaja dan kita dapat melihat kehadiran daripada pihak kerajaan iaitu Menteri-menteri Kabinet, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen ketika menjawab soalan lisan mahupun menggulung perbahasan yang telah kita sembahkan kepada mereka apabila mereka menjawab, kebanyakan hanya dijawab oleh Setiausaha-setiausaha Parlimen.

Saya ingin meminta di Dewan yang mulia ini dan juga wakil-wakil daripada Setiausaha Parlimen supaya meminta sekurang-kurangnya, Tuan Yang di-Pertua, setiap kali persidangan “bapa-bapa Menteri” kita pun turunlah di Dewan Negara ini, jawablah soalan-soalan satu atau dua pun jadilah, Tuan Yang di-Pertua. Kadangkadang kita rindu hendak tengok muka-muka Menteri kita dalam Dewan Negara.

[Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya ingin menyokong Rang Undang-undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2004 di Dewan Negara. Terima kasih.

ADA GURU GAGAL DALAM UJIAN PTK

Dewan Negara, Rabu, 16 Jun 2004
Datuk Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee minta Menteri Pelajaran menyatakan, apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk memulihkan kembali tanggapan negatif masyarakat terhadap guru yang gagal di dalam Ujian Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).

Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran [Puan Komala Devi]: Tuan Yang di-Pertua, tanggapan negatif masyarakat terhadap keputusan peperiksaan PTK baru-baru ini adalah disebabkan kurang kefahaman masyarakat serta para guru mengenai matlamat utama peperiksaan PTK iaitu untuk membentuk perkhidmatan awam yang cemerlang melalui kecemerlangan penjawat awam. Ini disebabkan peperiksaan tersebut baru pertama kali diperkenalkan. Kegagalan dalam peperiksaan PTK tidak bererti seseorang penjawat awam termasuk guru tidak kompeten.

Pada keseluruhannya mereka adalah kompeten kerana telah mempunyai kelayakan serta kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan tugas berkaitan. PTK adalah merupakan satu kayu pengukur bebas yang menunjukkan kecemerlangan guru bukan sahaja sebagai pendidik tetapi juga sebagai penjawat awam.

Bagi membetulkan kekeliruan ini, Kementerian Pelajaran akan menjalankan strategi untuk memberi kefahaman yang jelas terhadap pemahaman mengenai matlamat PTK terutama yang menekankan kecemerlangan antaranya melalui;

(a) mengadakan buku panduan dan surat-surat siaran dari masa ke semasa;
(b) membuat penerangan melalui TV Pendidikan;
(c) bekerjasama dengan agensi pusat untuk meningkatkan kefahaman dan penyebaran maklumat ke seluruh negara melalui seminar dan perjumpaan dengan kesatuan guru dan kesatuan bukan guru-guru; dan
(d) menggalakkan guru membuat persediaan yang rapi sebelum menghadapi peperiksaan bagi meningkatkan peratus kelulusan calon. Terima kasih.

Datuk Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, hanya 0.9% yang lulus PTK dan pencapaian ini menimbul pelbagai reaksi terutamanya terhadap kualiti dan imej guru. Persoalannya, adakah PTK benar-benar mencapai matlamatnya ataupun ianya boleh membawa kesan negatif terhadap imej guru. Adakah Kementerian Pelajaran bercadang untuk mengubah sukatan PTK agar lebih relevan dengan perkembangan semasa pendidikan.

Saya rasa PTK perlu....
Tuan Yang di-Pertua: Cukup Yang Berhormat.

Datuk Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: Sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: “Saya rasa…” Itu bukan lagi soalan… [Ketawa]

Datuk Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: Pandangan sedikit Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Sudah cukup. Tiga komponen soalan tambahan tadi.

Puan Komala Devi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Penilaian Tahap Kompetensi atau PTK yang diperkenalkan oleh kerajaan di bawah Sistem Saraan Malaysia atau SSM ialah bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai murni di kalangan pegawai kerajaan termasuk guru. Jadi, walaupun dia pakai nama PTK, ‘kecekapan’ ataupun ‘’kompetensi’ tetapi ia sebenarnya adalah pengukur kecemerlangan. It is not just a measure of your efficiency.

Berdasarkan kajian dan analisis kementerian saya antara punca-punca mengapa ramai para guru yang gagal dalam peperiksaan PTK pada tahun lalu adalah sebab peperiksaan ini kali pertama diadakan dan ramai di antara calon yang kurang memahami corak soalan serta mereka ini kurang membuat persediaan.

Kebanyakan calon beranggapan bahawa tahap lulusnya hanya 55% dan bukannya pada tahap kecemerlangan iaitu 80%. Jadi, ramai yang menduduki peperiksaan dengan tujuan hanya mahu mencuba sahaja dan ini menyebabkan terlalu ramai calon memilih untuk mendudukinya walaupun peperiksaan tidak diwajibkan.

Dalam pada itu, calon-calon kesuntukan masa dalam membuat persediaan oleh kerana kesibukan tugas, kesukaran mendapatkan bahan rujukan serta sikap ambil ringan calon sendiri. Untuk maklum, lulus peperiksaan PTK bukanlah faktor utama yang menentukan seseorang pegawai itu layak dinaikkan pangkat. Malah faktor lain yang akan dilihat dan dipertimbangkan secara bersama adalah faktor-faktor seperti sokongan daripada ketua jabatan, laporan prestasi, tapisan Badan Pencegah Rasuah, kekananan dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua: Cukup jelas. Mungkin ujian perlu dinamakan semula ‘ujian penilaian tahap kecemerlangan’, bukan Penilaian Tahap Kecekapan.

Datuk Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: Terima kasih Tuan

SOALAN TAMBAHAN
Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, adakah kerajaan bercadang ataupun mempunyai target, dengan izin, supaya semua sekolah bantuan modal termasuk Sekolah Kebangsaan Tamil dan Cina diambil alih oleh Kementerian Pelajaran kerana kita telah Merdeka selama lebih 50 tahun…
Tuan Yang di-Pertua: aa…”kerana” itu sudah tidak soalan tambahan lagi. Terima kasih.

Beberapa Ahli: [Ketawa]

Puan Komala Devi Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salah satu daripada syarat untuk menukar status sekolah dari bantuan modal ke bantuan penuh adalah isu pemilikan tanah dan tiap-tiap tahun Kementerian Pelajaran menerima banyak permohonan daripada sekolah Tamil, sekolah mission dan sekolah agama untuk kementerian ini mengambil alih atau membeli tanah yang berkenaan dan ini tertakluk kepada kemampuan kementerian pada sesuatu masa. Terima kasih.

APAKAH KERAJAAN BERCADANG UNTUK MEROBOH RUMAH-RUMAH PANGSA?

Dewan Negara, Selasa, 15 Jun 2004
Datuk Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, adakah kerajaan bercadang untuk merobohkan rumah-rumah pangsa yang mempunyai satu bilik tidur dan membina rumah pangsa yang baru, yang melebihi daripada satu bilik tidur kerana kita tahu bahawa hari ini kerajaan lebih peka dan mahu keluarga yang melebihi daripada tiga atau empat anak, mempunyai lebih daripada dua ataupun tiga bilik. Terima kasih.

Dato’ Seri Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, sama ada kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan yang tertentu ingin memutus untuk katakan digantikan rumah-rumah pangsa atau rumah kos rendah yang telah pun lama, terpulang kepada sama ada struktur bangunan itu masih kukuh dan boleh diteruskan atau tidak, dan ini memandangkan rumah-rumah pangsa atau rumah kos rendah itu telah dibina dengan begitu lama.

Kalau boleh digunakan lagi mereka akan teruskan, kalau rasa hendak dibina yang baru, ia perlu mematuhi standard ataupun kepiawaian yang baru di mana saya telah menyatakan sejak tahun 1998 lagi terdapat kedua-dua standard telah ditetapkan oleh kementerian saya, iaitu standard CIS 1 atau Construction Industry Standard 1 dan CIS 2 di mana keluasan lantai rumah telah ditetapkan, ia mesti di antara 650 kaki persegi hingga 670 kaki persegi dan tidak boleh kurang daripada itu.

Maknanya tidak ada lagi rumah kos rendah yang baru, yang masih satu bilik ataupun keluasan lantainya sempit. Jadi, bagi rumah-rumah yang lama, kalau ia sudah lebih daripada 20 tahun lebih, nampak sudah tidak selamat, bolehlah kerajaan negeri ataupun pihak berkuasa tempatan membuat keputusan sendiri.